
Dulu!
bila disebut sahaja lelaki,
wanita mendongak megah,
tokoh ramai tak terkira.
kini..
bila di sebut sahaja lelaki,
wanita tunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya hanya menjadi boneka Barat.
Dulu!
bila disebut sahaja lelaki,
wanita tenang di hati,
lelaki menjaga dan melindungi kami.
kini..
bila di sebut sahaja lelaki,
wanita mahu cabut lari,
lelaki pengkhianat, perogol bersiri.
Dulu!
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan lelaki kuda putih membela,
AL-Mu'tasim kebanggaan wanita.
kini..
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tidak bertenaga.
Dulu!
bila wanita di bawah jagaan lelaki,
lelaki menjaga sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda.
kini..
bila wanita di bawah jagaan lelaki,
tidak dikisah aurat wanita terbuka,
wanita di biar bebas binasa.
Dulu!
lelaki menggadai harta dan nyawa
untuk mengangkat kemuliaan agama.
kini..
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu dunia dan seisinya.
Dulu!
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah.
kini..
lelaki hanya menyanjung duniawi,
diri berseronok,berhibur,khayal bercinta.
Dulu!
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
AL-Farouq, Zunurain mati dibunuh.
kini..
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
Dulu!
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh.
kini..
lelaki berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.
Wahai Insan..
kembalikanlah lelaki yang dulu,
kami rindukan syabab (pemuda) ku yang dulu,
acuan Madrasah Rasulullah,
pembela AGAMA ALLAH!!!

